Battle of the Casters (BOTC) 2010
Kategori Pertandingan
1. 1.Sebarau Berkumpulan (Hadiah 1,2 &3)
2. 2.Toman Berkumpulan (Hadiah 1,2 &3)
3. 3.Juara Berkumpulan Keseluruhan (Hadiah 1,2 &3)
4. 4.Toman Master (seorang pemenang berdasarkan seekor toman terpanjang)
5. 5. Sebarau Master (seorang pemenang berdasarkan seekor ikan sebarau terpanjang)
Konsep dan Syarat-syarat Pertandingan
1. Konsep pertandingan adalah berdasarkan “Gentleman Game” dan “Sport Fishing”.
2. Setiap pasukan mesti terdiri daripada 2 orang casters.
3. Setiap pasukan mesti menamakan pasukan masing-masing sebelum pertandingan bermula.
4. Pasukan yang bertanding dilarang menggunakan khidmat botman dan speedboat hendaklah dipandu sendiri oleh ahli pasukan.
5. Masa pertandingan bermula dari jam 3 petang pada 4 Disember 2010 dan tamat pada jam 8.00 malam pada 6 Disember 2010.
6. Yuran pertandingan adalah sebanyak RM10.00 bagi tujuan pembelian hadiah.
7. Hanya penggunaan gewang saja dibenarkan sepanjang pertandingan.
8. Setiap pasukan hendaklah menyediakan pen, kamera digital dan pita pengukur (dalam ukuran inci) masing-masing.
9. Hanya ikan toman dan sebarau saja layak dipertandingankan.
10. Peserta digalakkan mengamal kaedah “Catch and Release” sepanjang pertandingan berlangung.
11. Setiap tangkapan yang mestilah disertakan dengan bukti bergambar.
Format Penggiraan Markah
1. Format pengiraan markah adalah berdasarkan “point system”
2. Factor Gandaan, “y” markah bagi toman 1point dan sebarau 2point.
3. Minima tangkapan bagi toman adalah sepanjang 20 inci, dan sebarau sepanjang 12 inci.
4. Range ukuran adalah setiap 2 inci bagi satu (1) markah, “x”. Ukuran dibuat pada sebelah atas badan ikan.
Sebarau – 12-14"= 1,14-16”= 2, 16-18”= 3, 18-20”= 4, 20-22”= 5, 22-24”= 6, 24-26”= 7 dan …….
Toman – 20-22”= 1, 22-24”= 2, 24-26”= 3, 26-28”= 4, 28-30”= 5, 30-32”= 6, 32-34”= 7 dan .
5. Setiap markah tersebut akan didarab dengan factor gandaan, 3 untuk Toman dan 6 untuk Sebarau. *rujuk contoh dibawah
Caster | Ikan | Masa | Gandaan, y | Panjang, inci | Markah, x | Jumlah |
Pak Ali | Toman | 8.50am | 1 | 28.5” | 5 | 5 |
Pak Abu | Sebarau | 9.15am | 2 | 17” | 3 | 6 |
Pak Ali | Toman | 5.45pm | 1 | 30” | 6 | 6 |
Jumlah | 17 |
6. Setiap borang markah hendaklah diisi sendiri oleh peserta dan ditandatangani oleh kedua-dua ahli.
7. Borang markah beserta softcopy gambar hendaklah dihantar ke urusetia pertandingan selewat-lewatnya jam 8.30 malam pada setiap hari pertandingan. Tiada markah akan dikira selepas tempoh tersebut.
Royal Rumble 2010
Konsep dan Syarat- syarat Pertandingan
1 1. Konsep pertandingan adalah berdasarkan “Gentleman Game” dan “Sport Fishing”.
2.2.Terbuka kepada semua Caster BOTC 2010 dan pertandingan berdasarkan 1Caster, 1Gewang, 1Tangkapan dan 1Pemenang.
3.3.Masa pertandingan bermula jam 7.00 pagi 07 Disember 2010 (Selasa) dan tamat pada jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Semua peserta perlu sampai ke bothouse sebelum jam 10.15 pagi. Peserta yang gagal pulang pada waktu tersebut akan dibatalkan penyertaannya.
4.4. Lokasi memancing ada bebas disekitar Tasik Kenyir.
5. 5.Gewang yang dipertaruhkan mestilah berharga RM25 dan ke atas bagi sebarang jenama, ataupun sebarang gewang daripada jenama Rapala.
6. 6.Setiap caster perlu menyediakan 2 biji gewang yang sama, yang mana 1 gewang akan disimpan oleh urusetia sebagai cagaran hadiah.
7.7. Hanya dibenarkan menggunakan 1 set pancingan berserta 1gewang sahaja. Sekiranya gewang tersebut putus, caster secara automatic akan tamat menyertai pertandingan.
8.8.Hanya 1 tangkapan yang layak dibawa pulang ke bothouse untuk ditimbang oleh urusetia.
9 9.Hanya 1 Pemenang saja yang akan memenangi semua gewang yang dipertaruhkan sebagai hadiah.
0 comments:
Post a Comment