Sudikan Diri Menjadi follower...

Saturday, August 14, 2010

Rekod Awal Tahun Esplanade

Saturday, August 14, 2010
Inilah lagenda mengilat siakap Kuantan, geng mengilat di sini tahu benar akan betapa hebatnya sifu Man Janggut (MJ) ini



Setiap kali bila tiba tahun baru, cuti umum pada 1 hb Januari akan dihabiskan oleh kaki gewang Kuantan untuk renewed rekod tangkapan masing-masing. Boleh dikatakan, kebanyakan mereka akan keluar casting seharian dari pagi hingga ke malam untuk mencari ikan pertama tahun baru!

          Kuantan sememangnya dianugerahi dengan pelbagai port memancing yang senang dan dekat untuk dikunjungi, tidak kiralah untuk pancingan muara, pantai, laut mahupun sungai. Sebab itulah jika diberi pilihan untuk outstation, Kuantan selalunya menjadi lokasi utama saya. Selalunya jika berkunjung ke sini, saya boleh cover story untuk bermacam-macam aplikasi pancingan dalam satu outstation sahaja. Rasa-rasanya saya cukup jatuh cinta dengan Kuantan, nasib baiklah outstation saya ada limitnya, kalau tidak mahu satu bulan saya menetap di sini!

Sejak saya mengenali geng K.L.C (Kuantan Lure Casters), bertambah panjang langkah saya untuk menjelajah setiap padang pancing di sekitarnya. Saya telah diarak ke hulu ke hilir oleh mereka ini sehinggakan banyak lubuk-lubuk yang berjaya diterokai.
Siakap Malik ini didaratkan pada awal pagi dalam lingkungan pukul 07.00 – 08.00 pagi. 

RAMAI KAKI MENGILAT

Dalam banyak-banyak aplikasi pancingan, geng Kuantan lebih cenderung kepada pancingan gewang. Jadi tidak hairanlah di sekitar Kuantan ini sahaja terdapat hampir 10 kedai pancing untuk memenuhi kehendak kaki-kaki mengilat ini. Selain dari kedai pancing yang banyak, di sini juga terdapat ramai rod builder yang berkemahiran tinggi menghasilkan joran khas Siri Kuantan yang berpangkal pendek dan beraksi ringan (lihat artikel sisipan).
Seorang lagi bakal lagenda mengilat siakap Kuantan. Lee Benteng B.O.D Kuantan Lure Casters! 
Senangin juga dikatakan mulai memunculkan diri di kawasan kapal karam bila tiba bulan Januari. Spesimen ini biasanya diperdayakan dengan kaedah popping

Lantaran kebanyakannya adalah kaki mengilat, jadi mereka lebih berminat kepada 2 jenis spesies iaitu siakap untuk pancingan muara dan sebarau untuk pancingan air tawar. Inilah buruan utama mereka dan jika bercerita dengan geng ini, 2 spesies inilah yang menjadi tajuk bualan utama. Jadi bila cuti umum Tahun Baru sebegini, ada yang akan masuk hutan dan sungai mencari sebarau dan ada juga yang akan menjadi penunggu setia Esplanade untuk mengilat siakap.
Siakap merah adalah penyeri kerana ia jarang-jarang sekali didaratkan  di kawasan kapal karam, malah saiznya juga tidaklah besar sangat

SIAKAP TETAP # 1

Biasanya bila menjelang tahun baru, hujan yang menyebabkan Monsun ke Pantai Timur akan reda dan jika panas mulai menjelma selama seminggu dua, maka keadaan air Sungai Kuantan juga akan “cantik”. Ketika inilah masa terbaik untuk “baham puteh” kata geng Kuantan yang bermaksud, masa terbaik untuk  mengilat si raja muara ini.
Siakap Malek ini  juga didaratkan pada awal pagi

Paling untungnya kaki mengilat Kuantan ini kerana singgahsana siakap iaitu kapal karam yang terletak di Esplanade hanya sepelaung sahaja dari tempat parkir kereta dan kedai makan, jadi keluar seharian untuk memburu siakap bukannya menjadi masalah. Kena pula kalau airnya cantik dari subuh membawa ke tengahari, maka berduyun-duyunlah kaki casting akan membaling gewang ke arah kapal karam ataupun di kawasan tepi tangga Esplanade ini.
Lagi sikap yang diperoleh pada waktu pagi. Perhatikan gewang yang digunakan oleh Abg MJ ni. 

Awal tahun ini banyak siakap memunculkan diri dan hasilnya bergantung kepada siapa yang rajin mengilat, hinggakan pemancing yang baru sehari dua belajar mengilat pun berjaya menaikkannya. Bertambah menariknya, beliau berjaya mendaratkan siakap dalam keadaan asyik terkial-kial dengan masalah bird nest dan hanya menggunakan gewang murahan sahaja!

Selain dari Esplanade, Sungai Penor, Kobat dan Jambatan Tanah Puteh, satu lagi lokasi terhangat siakap tahun ini ialah di bawah Jambatan Tanjung Lumpur. Khabarnya sudah banyak siakap didaratkan dengan gewang, cuma saya tidak berkesempatan untuk menduga dan membuat laporan lokasi ini. Tunggu sehingga saya berkunjung lagi ke Kuantan untuk berita terbaru siakap Kuantan dan Geng K.L.C! 
 Jika tiada siakap, siakap merah atau senangin yang sudi meligan gewang, ikan sumpit-sumpit ini banyak berkeliaran di kawasan dinding Esplanade. Ia juga amat garang menyambar gewang bersaiz kecil

Kerapu juga adakalanya menyambar gewang tetapi ianya amat jarang sekali berlaku. Mungkin juga populasinya amat kurang berbanding dengan spesies lain di kawasan kapal karam


Artikel Oleh: adlizam yassin

0 comments:

Post a Comment